PERMULAAN MENJADI USAHAWAN
Tidak terlintas di benak fikiran saya menceburi bidang penternakan pada awalnya, iya lah bidang pengkhususan saya di bidang pemasaran. Timbulnya idea ingin menternak pada dua tahun lepas tapi masih tercari cari binatang apa yang paling sesuai dengan modal yang ciput, tempoh penternakan yang sekejap, dan hasil yang lumayan. Sebelum mengenali arnab saya pergi kursus penternakan yang berbayar, banyak juga lah keluarkan duit untuk menimba ilmu (tak rugi pon) seperti biri-biri, kambing, itik, ayam, puyuh, ikan keli, belut, dan lembu. Apa yang saya dapati penternakan yang paling penting adalah kawasan. Terpaksa lah saya "hold" dulu niat yang murni ini.
Pada hujung tahun 2018 saya ada tejumpa la satu post tentang binatang ini iaitu arnab. Hmmm... menariikkk, tetapi saya fikir apa yang boleh di buat pasal arnab ni, yela binatang itu sebagai peliharaan kot, dengan rupa nya yang cantik, bulu gebu gebas, dan manja sama macam kucing peliharaan. Rasa ingin tahu yang mendalam saya pon join la "group" pasal arnab, dari situ la saya kutip maklumat-maklumat, dan tambah kenalan baru yang pernah membela arnab, ade sorang brader ni tinggal dekat Seremban, tiap malam saya tengok "LIVE" dia sembang pasal arnab, tidak cukup situ je sebelum tidur saya pastikan "YOUTUBE" menjadi peneman. Tapi sayang dekat Malaysia macam kurang sikit pendedehan pasal arnab, kebanyakan dari Indonesia, xpe lah janji dapat faham pasal kelinci, dapat sedikit ilmu pon jadi lah.
Dipendekkan cerita, pada bulan dua 2019 saya terbaca pasal bengkel memelihara arnab melalui persatuan ni, part yang saya tertarik post tu cakap nak memelihara ni senang tetapi nak dijadikan kormesil ni xle buat sorang-sorang. Apa lagi saya terus koll lah tuan empunya post tu dan terus daftar. Pada mulanya saya ragu-ragu, mana tak nya pernah dengar dengan skim2 yang ntah pape menjanjikan bintang di langit. Disebabkan nama nya persatuan yang berdaftar saya beranikan diri. Yuran bengkel pun boleh tahan harga nya. Saya ambil pakej yang mahal sekali, dapat la sekor BUCK dan tiga ekor DOE daripada Raub. Selama dua hari saya belajar tentang arnab yang di kelolai oleh DR.Shaari. Video kat bawah ni la pertama kali aku jumpa dikau wahai arnab :
No comments:
Post a Comment